PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit TH sebanyak 4.5 peratus dan tambahan hibah haji berjumlah 1.75 peratus bagi tahun kewangan 2017. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan hibah itu melibatkan pembayaran sebanyak RM2.7 bilion dan akan memberi manfaat kepada 8.7 juta atau 93 peratus pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji. “TH telah mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM4.5…










