PERJALANAN hidup wanita cantik ini penuh cerita. Dari satu titik ke titik berbeza, dia melaluinya dengan berbekalkan kekentalan dan kekuatan jiwa. Jauh di sudut hati, dia seboleh-boleh mahu memaafkan dirinya yang dahulu. Tatkala hidup terumbang-ambing dipukul oleh ombak duniawi, dia tercari-cari erti nafas yang dihembus. Melankolia hatinya terfikir bagaimana sukar untuk dia melalui episod hitam yang segera mahu dilupakan dan dimaafkan. Setiap langkah dahulu, ada cerita pahit yang disimpan sendiri.…










