Terapkan slogan 'pandu cermat, jiwa selamat' untuk elak kemalangan - Utusan Malaysia

Terapkan slogan ‘pandu cermat, jiwa selamat’ untuk elak kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN 9 Feb. – Polis Sarawak akan menjalankan penguatkuasaan total bagi memastikan bukan hanya keselamatan jalan raya, malah laluan air diberi tumpuan sepanjang berlangsungnya Op Selamat sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2018 bermula hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Pahlawan Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, penguatkuasaan tersebut akan dijalankan selama 15 hari bermula 9 Februari ini hingga 23 Februari nanti.

Katanya, polis akan bekerjasama dengan semua jabatan dan agensi berkaitan bagi menjayakan objektif operasi itu dengan memberi tumpuan meminimumkan kadar kemalangan jalan raya terutama di 17 kawasan hitam kemalangan di negeri ini dan pencegahan jenayah pecah rumah.

“Saya ingin menyeru semua lapisan masyarakat agar menerapkan slogan ‘pandu cermat, jiwa selamat’ yang dapat membuatkan kita menjadi lebih bertanggungjawab ketika di jalan raya.

“Mereka juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dengan memastikan semua aspek teratur dan selamat bagi mengelakkan perkara tidak dingini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 12 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2018 di Pasaraya Farley di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Alexson Naga Chabu, Timbalan Residen Bahagian Samarahan, Richard Michael Abunawas dan Pegawai Daerah Samarahan Mohd. Aini Wahap.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai yang akan meninggalkan rumah untuk pulang bercuti supaya memaklumkan kepada balai-balai berdekatan dan jiran untuk mengawasi keselamatan rumah mereka. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×