ALOR SETAR 14 Feb. – Sebanyak 18 penghuni termasuk tiga warden Rumah Anak Yatim Baitul Ehsan di Kampung Perik, Kuala Nerang di Padang Terap berdepan detik cemas apabila bangunan stor terbakar dipercayai berpunca akibat litar pintas, malam tadi. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 11.28 malam dan tiba di lokasi kejadian 18 minit…