SORR 2018 sasar 2,000 peserta - Utusan Malaysia

SORR 2018 sasar 2,000 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 2,000 peserta dijangka menyertai program Save Our Rainforest Race (SORR) 2018 siri keenam di Hutan Simpan Gading, Kerling, Hulu Selangor, Selangor pada 24 Mac depan.

Program tahunan anjuran Pertubuhan Pelindung Kha­zanah Alam Malaysia (Peka) itu bertujuan membina kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung kepentingan penjagaan khazanah negara.

Presidennya, Puan Sri Sha­riffa Sabrina Syed Akil berkata, program SORR 2018 kali ini turut menyasarkan penanaman seba­nyak 1,000 anak pokok pelbagai jenis seperti merawan siput jantan, hujan-hujan dan nadir.

“Para peserta akan melalui laluan sejauh 15 kilometer bermula dan berakhir di Kem Pelangi Hill Resort selain menempuhi beberapa titik periksa dengan pelbagai aktiviti menguji minda.

“Ia sekali gus memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan hutan hujan tropika di negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian SORR 2018 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN