PETALING JAYA – “Syukur pengalaman sangat menarik, bahagia sangat. Bukan masalah besar pun. Masalah negara lagi besar.”
Itulah antara kata-kata daripada pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ketika dibawa keluar dari bilik reman Mahkamah Petaling Jaya di sini semalam.
Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd. Ishak terhadap pelakon yang terkenal dengan ‘tag line’ kasi sengat itu.
Sofi Jikan yang berasal dari Terengganu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun jika sabit kesalahan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











