Selangor enggan dabik dada - Utusan Malaysia

Selangor enggan dabik dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISU stadium yang membelenggu Selangor sebelum sepak mula Liga Super tidak memberi kesan buat skuad Gergasi Merah untuk tampil sebagai pasukan yang digeruni pada musim ini setelah meraih dua kemenangan bersih kelmarin.

Selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-0 minggu lalu, Melaka United menjadi mangsa kedua pasukan bimbingan P. Maniam yang menang bergaya 4-1 ke atas skuad bimbingan Eduardo Almeida di venue ‘tumpang’ Stadium Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

“Kemenangan yang diraih malam ini (kelmarin) adalah hasil disiplin semua pemain dan persefahaman antara mereka. Mereka perlu mengekalkan momentum tersebut untuk perlawanan selepas ini,” ujar penolong jurulatih Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir.

Gol kemenangan Selangor dihasilkan menerusi dua jaringan masing-masing oleh Rufino Segovia dan Syahmi Safari, manakala gol tunggal Melaka United melalui sentuhan Tiago Gomes.

Selangor terpaksa ‘menumpang’ di Stadium Kuala Lumpur, Cheras selepas permintaan Persatuan Bola Sepak Selangor untuk menggunakan laman keramat, Stadium Shah Alam ditolak kerajaan negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×