Teknologi agak sukar dipisahkan dalam kehidupan seharian. Tidak hairan jika pada ketika ini teknologi memainkan peranan utama dalam mempengaruhi gaya hidup. Hari ini, teknologi telefon pintar sekali lagi mengalami revolusi apabila gajet tersebut mampu memudahkan urusan sama ada di sektor kerajaan, swasta mahu pun pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Menerusi telefon pintar juga, pengguna tidak perlu lagi membawa komputer riba bagi sesi pembentangan atau mesyuarat apabila Scand.a memberi kelebihan dalam…










