Putera Harry, Markle bakal diarak dengan kereta kuda - Utusan Malaysia

Putera Harry, Markle bakal diarak dengan kereta kuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pewaris kelima takhta diraja Britain, Putera Harry dan tunang­nya, Meghan Markle akan meraikan hari perkahwinan mereka bersama rakyat jelata dengan menaiki sebuah kereta kuda melintasi bandar Inggeris, Windsor, kata pejabat putera berkenaan dan Istana Kesington semalam.

Cucu Ratu Elizabeth itu dan Markle, yang membintangi drama perundangan Suits, mengumumkan pertunangan pada tahun lalu, manakala perkahwinan mereka akan berlangsung 19 Mei depan di Gereja St George, Istana Windsor.

Sejurus selepas upacara perkahwinan pada waktu tengah hari itu selesai, ke­dua-dua mempelai itu akan tampil di khalayak buat kali pertama sebagai suami isteri dalam perarakan kereta kuda sejauh lebih 3 kilometer.

“Mereka berharap perjalanan pendek ini akan memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk berhimpun di sekitar Windsor dan menikmati suasana hari istimewa tersebut,” kata Istana Kesington dalam satu kenya­taan.

Perarakan itu akan ber­akhir di sebuah lebuh yang dibina pada kurun ke-17 menuju ke Istana Windsor yang menjadi kediaman raja dan ratu Britain selama hampir 1,000 tahun.

Majlis perkahwinan mereka juga dijangka menjadi tumpuan di seluruh dunia seperti perkahwinan abang Harry, Putera William dengan Kate Middleton pada tahun 2011 yang ditonton kira-kira dua bi­lion orang.

Markle yang merupakan seorang janda, menjalinkan hubungan cinta de­ngan Harry selepas mereka diperkenalkan oleh seorang rakan pada Julai 2016.

Selepas cuma dua kali keluar bersama, pasangan itu kemudian memutuskan untuk pergi bercuti sebumbung di Bostswana. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×