SEBERANG PERAI – Polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) merampas sejumlah mercun pelbagai jenis bernilai kira-kira RM5,500 dalam operasi di Jalan Raja Uda, Butterworth di sini semalam. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya turut menahan tiga individu dalam dua tangkapan ketika operasi tersebut dijalankan. Menurutnya, suspek pertama iaitu lelaki berusia 20 tahun ditahan bersama sebuah kotak mengandungi mercun dan bunga api di bahu jalan itu…