Pochettino cabar pemain sendiri - Utusan Malaysia

Pochettino cabar pemain sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino mencabar anak-anak buahnya agar mengekalkan rentak yang sama seperti dipamerkan ketika menewaskan Arsenal 1-0 pada aksi Liga Perdana England (EPL) di Stadium Wembley kelmarin.

Pochettino, 46, bangga menyaksikan prestasi barisan pemainnya yang mendominasi sebahagian besar pertembungan derbi itu dan sebenarnya berpeluang menang dengan jaringan lebih besar ke atas musuh tradisi tersebut.

Spurs terpaksa mengharapkan sentuhan penyudah tajam daripada bintang sensasi England, Harry Kane untuk meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-49.

“Saya sangat berpuas hati de­ngan persembahan yang cukup me­ngagumkan dipamerkan para pemain hari ini (kelmarin) walaupun kami cuma menang dengan satu gol.

“Amat penting sekali buat kami untuk meraih tujuh mata daripada tiga perlawanan termasuk hari ini (kelmarin). Lebih menggembirakan saya ialah kami berjaya memastikan gawang gol tidak dibolosi Arsenal.

“Jadi, saya harap para pemain dapat meneruskan momentum ini untuk terus berjuang memastikan kami kekal berada dalam kelompok empat teratas kerana saingan Liga Juara-Juara penting buat Spurs,” kata Pochettino.

Spurs kini berada di tangga ketiga liga dengan 52 mata hasil 15 kemenangan, tujuh seri dan lima kekalahan daripada 27 perlawanan setakat ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×