PM ucap tahniah kepada Andrew Kuik - Utusan Malaysia

PM ucap tahniah kepada Andrew Kuik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain muda piano, Andrew Kuik Jie En kerana memenangi Festival Kesenian Asia Pasifik dan Festival Kesenian Belia Antarabangsa Hong Kong ke-5.

Perdana Menteri berkata, kemenangan ini telah mengharumkan nama dan membanggakan negara.

“Tahniah kepada pemain piano muda, Andrew Kuik kerana memenangi Festival Kesenian Asia Pasifik dan juga Festival Kesenian Belia Antarabangsa Hong Kong ke-5. Kamu sememangnya menjadikan Malaysia berbangga,” katanya menerusi laman Twitter di sini hari ini.

Andrew memenangi kesemua kejuaraan yang dipertandingkan dengan mencatatkan skor tertinggi dalam kategori muzik menewaskan lebih 200 peserta pada Festival Kesenian Asia Pasifik, 27 Januari lalu.

Kemudiannya dia terbang ke Hong Kong pada hari yang sama untuk menyertai pertandingan Festival Kesenian Belia Antarabangsa Hong Kong ke-5 pada 28 Januari dan memenangi kategori terbuka (18-25 tahun) dan kategori kanak-kanak Kumpulan B. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×