Persidangan Parlimen Belia kutuk tindakan EU - Utusan Malaysia

Persidangan Parlimen Belia kutuk tindakan EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Persidangan Parlimen Belia hari ini mengambil ketetapan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang melarang import minyak kelapa sawit.

Wakil Sabah, Nurshafiqah Zairina S Zamzaini turut menggesa kerajaan secara tegas tidak menyokong sebarang larangan dan perbuatan diskriminasi EU terhadap aktiviti import minyak kelapa sawit Malaysia.    

“Apakah matlamat sebenar sekatan ekonomi ini ? Adakah ia berbaur politik mahupun penindasan terhadap ekonomi Malaysia dan serantau yang semakin pesat membangun ?

“Ataupun ia benar-benar satu gerakan untuk melindungi kesejahteraan alam sekitar sepertimana yang didakwa oleh mereka,” katanya ketika membentangkan usul tersebut dalam Persidangan Parlimen Belia di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN