Penjenayah serang 
polis parah - Utusan Malaysia

Penjenayah serang 
polis parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG 6 Feb. – Seorang penjenayah parah di kaki kanan akibat ditembak polis ketika cuba menyerang anggota keselamatan itu di Kampung Lukub, Sepanggar di sini semalam.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua anggota polis itu terlebih dahulu mengesan suspek berusia 31 tahun bersama tiga rakannya menaiki sebuah van dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota polis yang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mengejar van tersebut selama 10 minit selepas pemandunya yang diarah berhenti bertindak memecut kenderaannya sehingga tiba di persimpangan pusingan U di Bulatan Universiti di kampung itu.

“Sebaik sahaja van tersebut berhenti, anggota kami mahu melakukan pemeriksaan tetapi tiga lelaki terlibat melarikan diri manakala seorang daripada mereka cuba menyerang menggunakan parang.

“Bagi mempertahankan diri, anggota polis terbabit melepaskan tembakan yang mencederakan kaki kanan suspek sebelum ditahan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Penampang di sini hari ini.

Razarudin berkata, pemeriksaan di dalam van jenis Nissan Vanette menemukan sebilah parang, topeng serta beberapa batang besi dipercayai untuk mengumpil pintu rumah dan pihaknya percaya ke­semua mereka sebelum itu merancang melakukan pecah rumah.

Menurutnya, siasatan lanjut terhadap suspek berjaya membawa penahanan seorang lagi rakannya berusia 20-an pada pukul 12.30 pagi ini.

“Suspek kedua ditahan di kedia­mannya di Inanam dan polis telah mengenal pasti dua lagi suspek juga kini sedang diburu,” katanya.

Beliau berkata, polis telah mendapatkan perintah reman lima hari ke atas suspek yang cedera yang memiliki dua rekod jenayah lampau sebelum ini dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN