KUANTAN 12 Feb. – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 Mac ini sebagai tempoh akhir pengurusan kes berhubung penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang ditemukan dirantai lehernya pada tong gas memasak, Oktober lalu. Tarikh tersebut ditetapkan Hakim Datuk Unaizah Mohd. berikutan pihak pendakwaan belum mendapatkan laporan perubatan mangsa daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Tertuduh, Mohd. Farid Fikri Mohammad, 32, dan isterinya, Fatimah Muhammad Zain, 37, yang merupakan bapa tiri dan ibu kandung mangsa hadir diwakili peguam Noor Svetlana Mohd. Noordin. Berdasarkan pertuduhan pertama, pasangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya