JOHOR BAHRU 13 Feb. – Kalau dahulu sebut sahaja setinggan, ramai yang memandang sinis kerana keadaan penempatan berkenaan yang serba kekurangan dan daif. Namun, kini persepsi itu telah berubah dengan kewujudan sebuah kampung setinggan contoh yang menjadi tarikan utama para pengunjung dan pelancong ke bandar raya ini. Kampung yang dimaksudkan ialah Setinggan Sepakat terletak di Kampung Melayu Majidee, di sini yang memiliki taman unik dikenali Taman Pesisiran Herba Anak Sungai…










