Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang diadakan minggu ini (7 hingga 13 Februari) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bertujuan untuk semua negara di dunia mempunyai visi yang sama dalam pembangunan bandar masa hadapan. Sekiranya sesebuah bandar dirancang, dibangunkan dan diuruskan dengan baik dan lestari ia mampu menghadapi cabaran yang dihadapi oleh planet bumi hari ini. Dalam memastikan pembangunan yang lestari, pengetahunan asas sains dan pemikiran secara saintifik penduduk bandar…