PADANG TERAP 10 Feb. – Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta mematuhi arahan yang dikeluarkan Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mengenai arahan cuti Tahun Baharu Cina yang ditetapkan bagi warga kementerian itu. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, semua perlu mematuhi surat siaran Bilangan 10, Tahun 2017 iaitu Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan 2018. “Kementerian memohon tiada pelanggaran arahan surat pekeliling berkenaan bagi membolehkan semua warga…










