Pasukan 'Pink Angel' tangani jenayah dalam kalangan kanak-kanak - Utusan Malaysia

Pasukan ‘Pink Angel’ tangani jenayah dalam kalangan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bekerjasama  dengan Polis Kuala Lumpur mewujudkan pasukan ‘Pink Angel’ bagi mendekati masyarakat setempat dalam usaha menangani jenayah dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pasukan itu yang melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi akan membantu pihak polis dalam mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat. 

“Mereka akan mendekati masyarakat setempat untuk bertanya khabar dan juga memberi kesedaran terutama kepada ibu bapa supaya menjaga sebaik-baiknya serta mengawasi setiap langkah anak mereka agar tidak didekati penjenayah yang ingin mengambil kesempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

” Kita hendak mendekati masyarakat dengan cara sebegini sesuai dengan cogan kata PDRM, iaitu “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,” katanya kepada Bernama ketika merasmikan penubuhan pasukan Pink Angel di Bukit Kiara malam tadi.

Beliau berkata pasukan Pink Angel akan mengadakan bengkel kesedaran serta forum kepada remaja yang berpotensi menjadi sasaran jenayah rogol dan pemerdagangan.

“Seminar dan forum itu adalah khusus untuk memberi fokus kepada kanak-kanak agar  menjauhi diri mereka dan menutup peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×