GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Kampung Sendrop, Lojing di sini membantah tindakan pengusaha kebun sayur menceroboh bukit yang menjadi kawasan tadahan air untuk kegunaan kaum berkenaan. Penghulu Kampung Sendrop Andol Busu Jamin berkata jengkaut yang digunakan untuk meratakan kawasan berbukit bagi dijadikan tapak tanaman sayur-sayuran, menjejaskan sumber bekalan air apabila airnya menjadi keruh dan berkeladak. “Masalah pencemaran sumber air bagi penduduk di kampung ini dan beberapa kampung lain yang terletak berhampiran, semakin kritikal disebabkan pengusaha kebun sayur sesuka hati menceroboh kawasan tadahan air,” katanya kepada pemberita di sini hari…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya