Muhyiddin beri jawapan cuci tangan - Utusan Malaysia

Muhyiddin beri jawapan cuci tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti memberi jawapan mencuci tangan berhubung isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) walaupun beliau adalah menteri bertanggungjawab terhadap kelulusan projek tersebut selaku peneraju Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 2006.

Malah dalam sidang akhbar beliau di sini hari ini, Muhyiddin juga seperti terkena sindrom ketuanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila memberi jawapan ‘tidak ingat’ ketika ditanya lanjut berhubung pengetahuannya mengenai perkembangan NFC sepanjang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sebaliknya, Muhyiddin menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha ternakan daging lembu itu apabila projek berkenaan mula dikatakan tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Muhyiddin yang kini menjadi perhatian selepas status Twitter Penasihat DAP, Lim Kit Siang enam tahun lalu berhubung desakannya supaya beliau menjawab isu NFC kembali tular sebaliknya mengaitkan projek tersebut adalah idea bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tidak ingat, sudah lama,” katanya yang menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari tahun 2004 hingga 2008. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×