Mendapan tanah di Jalan Sangan, laluan ditutup kepada semua kenderaan - Utusan Malaysia

Mendapan tanah di Jalan Sangan, laluan ditutup kepada semua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTULU 7 Feb. – Penduduk yang tinggal di kawasan Sangan termasuk Anap terputus hubungan darat apabila berlaku mendapan tanah di Kilometer (KM) 16, Jalan Sangan, Tatau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintenden Dennis Bunyam berkata, pihaknya telah membuat lawatan ke lokasi mendapan selepas menerima laporan daripada orang awam pada pukul 1 petang ini.

Katanya, hasil tinjauan, didapati berlaku mendapan di Jalan Sangan seluas kira-kira 1.5 meter lebar dan 9.1 meter dalam.

“Insiden mendapan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Buat masa ini, jalan tersebut tidak dapat dilalui oleh semua kenderaan, sekali gus menyebabkanpenduduk di sekitar kawasan Sangan termasuk Anap terputus hubungan darat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak Pejabat Daerah Tatau dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu telah dimaklumkan tentang kejadian itu untuk tindakan lanjut. – UTUSAN ONLINE

ANGELINA SINYANG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN