Melaka United rancang malukan JDT di Larkin - Utusan Malaysia

Melaka United rancang malukan JDT di Larkin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN Melaka United meraih suntikan semangat baharu apabila mahu menjadikan juara Liga Super empat kali berturut-turut, kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai mangsa seterusnya selepas meraih lonjakan semangat baharu setelah membenam Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Hang Jebat kelmarin.

Biarpun sedar skuad Harimau Selatan bukan lawan mudah, lebih-lebih lagi beraksi di laman keramat, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada 24 Februari ini, namun skuad bimbingan Eduardo Almeida yakin Sang Kancil mampu lakar kejutan.

“Para pemain perlu terus bekerja keras semasa latihan dalam mencari keserasian bagi membentuk sebuah pasukan yang benar-benar bersedia ketika berdepan JDT nanti.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan rentak permainan yang ditunjukkan oleh pemain tanpa perlu kita menukar strategi untuk setiap perlawanan,” katanya

Pada aksi kedua liga 7 Februari lalu, Melaka United tewas 1-4 kepada Selangor, manakala JDT kecundang kepada Kuala Lumpur 0-1 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×