Masih terlalu awal untuk nilai keupayaan Kedah - Utusan Malaysia

Masih terlalu awal untuk nilai keupayaan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 8 Feb. – Kedah sekali lagi gagal mengutip mata apabila tewas 1-3 kepada Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Darulaman di sini, malam tadi.

Namun, Ketua Jurulatih pasukan itu Ramon Marcote berkata masih terlalu awal untuk menilai keupayaan Kedah dan menganggap kekalahan itu menjadi pembakar semangat untuk bangkit pada perlawanan berikutnya.

Beliau berkata ketiadaan pemain pertahanan import, Alvaro, serta beberapa tonggak utama seperti Shazwan Zainol dan Khairul Helmi Johari yang mengalami kecederaan turut merencatkan pergerakan dan serangan Kedah ke kubu lawan.

Marcote juga masih menaruh harapan agar Kedah mengisi kuota pemain ASEAN untuk membolehkannya mengharungi saingan liga yang semakin mencabar, selain membentuk gandingan mantap bersama Sandro Da Silva, Liridon Krasniqi, Pablo Pallares serta Alvaro.

“Sekiranya kuota dapat diisi, Kedah mempunyai peluang lebih baik…sekarang pun, pasukan Kedah sudahpun mempunyai pemain yang berbakat,” katanya selepas perlawanan itu malam tadi.

Selain itu, Marcote berkata kekalahan itu juga berpunca daripada perancangan yang tidak menjadi selain layangan kad merah yang diterima perancang utama Liridon Krasniqi pada babak akhir permainan hingga membolehkan Perak menambah gol ketiga pada masa tambahan.

Beliau tidak menyalahkan anak buahnya kerana percaya mereka telah berusaha sebaik mungkin untuk memenangi permainan itu walaupun beberapa kali dihentikan akibat insiden kekasaran yang berlaku.

Dalalm pada itu, Marcote memuji pemain muda yang pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama, Muhammad Akhyar Rashid yang banyak membantu menggerakan serangan hingga Kedah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-78 yang disempurnakan oleh Sandro.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perak Mehmet Durakovic berkata beliau cukup berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan anak buahnya sehingga berjaya meraih tiga mata penuh menentang Kedah di tempat sendiri. – BERNAMA

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×