RANAU – Seorang pemandu lori yang membawa muatan sawit dikhuatiri hilang selepas kenderaan dipandunya terbabas di dalam gaung sedalam 91 meter di Kampung Nabutan, Jalan Ranau-Telupid di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, kepala lori tersebut hangus terbakar dan mangsa gagal ditemui. Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, susulan insiden tersebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki terbabit…