LAPAN dekad lalu, peperangan yang tercetus antara British dan Jepun mendorong pihak British yang menjajah Tanah Melayu ketika itu membina kubu-kubu perlindungan. Tindakan itu merupakan satu keperluan kepada tentera untuk melindungi nyawa, makanan dan peralatan perang daripada pihak musuh. Baru-baru ini, penduduk di sekitar bandar raya Ipoh, Perak gempar apabila sebuah kubu perlindungan bawah tanah British yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua ditemui oleh sekumpulan penyelidik di kawasan penyelenggaraan Lapangan…










