SERIAN – Seorang suami terkejut selepas melihat isterinya dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh di Kampung Begup, Longgok di sini petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 35 tahun menemui mayat isterinya dalam keadaan leher dikelar kira-kira pukul 1.35 petang. Menurut beliau, ketika kejadian, suami mangsa mendakwa dia tiada di rumah kerana mengambil anak perempuan mereka yang berusia lapan tahun pulang dari sekolah. “Sebaik tiba…