Lelaki bertopeng pecah rumah diberkas - Utusan Malaysia

Lelaki bertopeng pecah rumah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah seorang penduduk di Kampung Sungai Tapah Tambahan di sini ditahan polis malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, pemilik rumah lelaki berusia 29 tahun menyedari tombol pintu rumahnya dirosakkan dan mengesyaki rumahnya dipecah masuk selepas melihat komputer riba dan sepeket minuman Milo miliknya masih berada di tepi pintu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, mangsa sempat memaklumkan perkara itu kepada kakak iparnya yang tinggal bersebelahan dengan rumahnya.

“Mangsa bertindak memeriksa rumahnya dan menemui suspek yang memakai topeng berada di tingkat atas rumahnya.

“Suspek berusia 21 tahun itu bagaimanapun bertindak menangkap pemilik rumah dan mengacu pisau sebelum menutup muka serta mengarahkan mangsa meniarap di ruang tamu rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Mohd. Ali, mangsa bagaimanapun terselamat selepas kakak iparnya memanggil namanya berkali-kali menyebabkan suspek panik dan melarikan diri sebelum dia berjaya ditangkap jiran mangsa. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×