Kopi durian diminum 2 lelaki Nepal dicampur syabu - Utusan Malaysia

Kopi durian diminum 2 lelaki Nepal dicampur syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang mengesahkan kopi segera berperisa durian yang diminum dua pengawal warga Nepal di pondok pengawal bangunan komersial di Pulau Tikus di sini minggu lalu dicampur dengan dadah jenis syabu.

Sumber berkata, keputusan laporan kimia ke atas dua lelaki terbabit telah dikeluarkan petang semalam dan disahkan terdapat dadah dalam ujian air kencing dan darah mereka.

“Hasil ujian yang dijalankan di Jabatan Kimia mendapati mereka positif dadah jenis sintetik iaitu syabu. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya di sini sebentar tadi.

Pada 30 Januari lalu, dua pengawal keselamatan terbabit didakwa mengalami simptom pening dan letik teruk sehingga kedua-dua mereka pengsan selepas meminum kopi segera berperisa durian yang diberikan secara percuma oleh seorang wanita kira-kira pukul 9.40 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN