KUALA LUMPUR 14 Feb. – Setiap pertubuhan koperasi di negara ini diminta terus mematuhi segala perundangan dan garis panduan yang telah ditetapkan meskipun kerajaan kini giat meminda akta-akta bagi membolehkan koperasi-koperasi tempatan lebih bergiat aktif dalam beberapa aktiviti. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan kini giat merencanakan usaha untuk meminda beberapa akta termasuk Akta Koperasi 1993 bagi membolehkan koperasi di negara ini bergiat cergas dalam pelbagai bidang aktiviti yang mahu diceburi. Katanya, usaha meminda akta itu sedang diusahakan dan sekiranya mendapat kelulusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya