KUALA TERENGGANU – Lebih 30 buah sekolah rendah dan menengah baharu akan dibina sepanjang tahun ini bagi memenuhi keperluan pendidikan yang semakin meningkat di seluruh negara pada waktu ini. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagipembinaan semua bangunan sekolah tersebut di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti. Beliau berkata, peruntukan sama untuk merangkumi projek pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah-sekolah yang mengalami kepadatan murid dan…










