NEWCASTLE, England 12 Feb. – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho (gambar) menyifatkan kekalahan 1-0 pasukannya kepada Newcastle United semalam sebagai sesuatu yang ‘indah’. United mengalami kekalahan kelima dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini hasil jaringan Matt Ritchie pda minit ke-65, sekali gus menyaksikan Mourinho terus gagal mencatat kemenangan dalam tujuh kunjungan ke St James’ Park. Kekalahan itu bermakna Manchester City semakin jauh mengungguli liga dengan kelebihan 16 mata selepas…









