Kegagalan fungsi organ punca mati - Utusan Malaysia

Kegagalan fungsi organ punca mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Polis mengesahkan kematian pembantu rumah warga Indonesia yang disyaki didera majikannya di sebuah rumah di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini berpunca daripada kegagalan fungsi organ badan akibat daripada kekurangan darah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini petang semalam mendapati mangsa, Adelina Lisao, 26, kemungkinan turut diabaikan majikan terbabit.

Susulan kejadian itu katanya, polis telah menahan seorang wanita yang merupakan ibu kepada majikan amah terbabit petang semalam bagi membantu siasatan.

Turut ditahan adalah majikan mang­sa yang merupakan pasangan beradik berusia 36 dan 39 tahun.

“Wanita berusia 60 tahun itu ditahan di hadapan Bangunan Karpal Singh, Jalan Green Hall, George Town (dekat sini) kira-kira pukul 2.30 petang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×