BAJA merupakan sebatian yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan pertumbuhan. Ia terbahagi kepada dua iaitu baja asli dan kimia. Baja asli yang kadangkala dikenali sebagai baja organik mengandungi bahan-bahan organik atau berasal daripada organisma hidup. Baja kimia pula dikenali sebagai baja tidak organik atau baja buatan yang mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian. Bagi menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani serta pengguna lain, Jabatan Pertanian menyediakan khidmat analisis…









