KOTA KINABALU – Lapan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan elaun lebih masa berjumlah RM126,757.24. Semua tertuduh yang bertugas di Klinik Oftalmologi HQE 1 membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. Lapan tertuduh tersebut ialah Mohd. Rosidih Mohd. Said, 39, Terence Linchos, 39, Jaduin Untop, 28, Zulkifli Arun, 29, Juraineh Musalim,…










