ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah menahan seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi Mega di hentian Rehat & Rawat (R&R) Gurun arah selatan dekat sini hari ini. Operasi yang bermula pukul 8 malam semalam hingga 2 pagi ini menyasarkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan termasuk penumpang pengangkutan awam. Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, pihaknya bertindak memeriksa seramai 860 individu pelbagai warganegara sebelum menahan 24 warga asing…