JOHOR BAHRU 13 Feb. – Johor Darul Ta’zim (JDT) mahu melupakan kekalahan mengejut di tangan Kuala Lumpur pada aksi Liga Super kelmarin dan mengalih tumpuan bagi meraih kemenangan dalam perlawanan pertama kumpulan H menentang kelab Indonesia, Persija bagi saingan Piala AFC 2018. Kapten JDT, Safiq Rahim berkata, kekalahan tersebut perlu dijadikan pemangkin untuk Harimau Selatan bangkit semula daripada kekalahan tersebut dan memperbaiki segala kelemahan menjadi lebih baik pada perlawanan akan…