SAHABAT Alam Malaysia (SAM) berasa kesal kerana aktiviti nelayan pukat rawa sorong di perairan Kedah masih berlarutan sejak lebih lima tahun lalu. Walaupun banyak aduan dan bantahan telah dibuat nelayan, namun tiada tindakan berkesan diambil oleh pihak berkenaan setakat ini. Merujuk kejadian terbaharu iaitu 600 nelayan pantai di kawasan Kota Kuala Muda hilang punca rezeki akibat aktiviti haram itu, SAM bersimpati dengan nasib nelayan terbabit dan menggesa Jabatan Perikanan serta…