CYBERJAYA 14 Feb. – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dituntut memberi penjelasan mengenai tindakan tergesa-gesa membenarkan dua syarikat swasta menjual tanah di mukim Ijok bernilai RM1.181 bilion kepada sebuah syarikat lain sebelum proses peringkat Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan. Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, tindakan Mohamed Azmin memberi kebenaran kepada Mujur Zaman Sdn. Bhd. dan LBCN Development Sdn. Bhd itu menimbulkan…