SEREMBAN – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai hari ini mengesahkan telah menerima laporan kes seorang murid sekolah di Lenggeng, dekat sini yang melecur pada bibir selepas dipercayai dipaksa minum air panas oleh ibu tirinya. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan pada Sabtu lalu daripada IPD Dang Wangi dan kes masih dalam siasatan awal. “Kita akan minta laporan perubatan daripada Hospital Kuala Lumpur bagi membantu…










