Gerakan mencari 2 pendaki warga Singapura hilang guna khidmat K9 - Utusan Malaysia

Gerakan mencari 2 pendaki warga Singapura hilang guna khidmat K9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Feb. – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua warga Singapura yang dilaporkan hilang selepas dipercayai sesat di Gunung Pulai, di Kulai, sejak kelmarin diteruskan hari ini dengan menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulai, Mohd. Khairi Zainuddin berkata, operasi berkenaan yang turut disertai 98 anggota termasuk dari Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihak polis dan Jabatan Perhutanan negeri dan Pasukan Gerakan Am (PGA) itu diteruskan semula hari ini bermula pukul 8 pagi.

“Kawasan SAR hari ini tertumpu di sektor dua di mana ia adalah lokasi terakhir komunikasi perhubungan dibuat mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setakat 1 petang ini, kedua-dua mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 30-an dan seorang wanita berusia 20-an masih belum ditemukan.

Kelmarin, dua warga Singapura yang belum dikenal pasti identiti itu dilaporkan sesat di hutan berkenaan kira-kira pukul 5.55 petang. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN