KUALA LUMPUR 7 Feb. – Gading Kencana Development Sdn. Bhd. yang membina Projek Solar Photovoltaic Berskala Besar (LSSPV) 30 megawatt (mW) dengan kos keseluruhan berjumlah RM214 juta di Bidor, Perak dijangka siap pada 28 Mei ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Affin Islamic Bank Bhd. telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM130.34 juta, sementara baki kos projek ditanggung oleh ekuiti syarikat pemaju itu. Menurutnya, ladang tersebut…










