JOHOR BAHRU – Enam murid dari empat sekolah rendah di Pasir Gudang, di sini disahkan menghidapi Influenza semalam. Mereka adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chien Chi, SJKC Masai dan SK Taman Scientex. Semasa mengesahkan perkara itu, Pengarah Pendidikan Johor, Shaharudin Sharif berkata, kesemua pelajar terbabit mengalami demam berpanjangan dan mempunyai simptom lain berkaitan Influenza. “Saya telah dimaklumkan oleh sekolah-sekolah terbabit. Bagaimanapun, saya belum mendapat maklumat…










