Dua rakan artis terlibat kes Farid Kamil diminta tampil bantu siasatan - Utusan Malaysia

Dua rakan artis terlibat kes Farid Kamil diminta tampil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Polis meminta dua individu termasuk bekas penyanyi sebuah kumpulan R&B yang disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti yang didakwa pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya memberi tempoh sehingga esok untuk dua lagi individu yang juga bekas penyanyi itu untuk tampil bantu siasatan.

“Kita telah berhubung dengan dua individu berkenaan dan meminta mereka tampil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tersebut. Setakat ini salah seorang daripada mereka dipercayai berada di Johor Bahru.

“Kita memberi mereka masa sehingga esok agar tampil membantu siasatan dan jika mereka gagal berbuat demikian, kita akan bertindak tegas termasuk menyiarkan gambar mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam kelmarin selepas dia hadir memberikan keterangan berhubung laporan polis yang dibuat oleh Farid Kamil pada 31 Januari lalu.

Dia direman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×