KUALA LUMPUR 11 Feb. – Dua das tembakan dilepaskan oleh seorang daripada dua suspek ketika menyamun sebuah pasar raya sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM4,000 di Sierramas, Sungai Buloh dekat sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, kedua-dua suspek menaiki sebuah motosikal Yamaha LC bernombor pendaftaran palsu menyerbu masuk pasar raya tersebut dengan mengenakan topi keledar penuh sebelum melepaskan tembakan. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan S.…










