Dua hutan simpan di Perak diceroboh - Utusan Malaysia

Dua hutan simpan di Perak diceroboh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 8 Feb. – Jabatan Perhutanan negeri mengesan pencerobohan di kawasan Hutan Simpan Bintang Hijau, Hulu Perak dan Hutan Simpan Pulau Kelumpang, di Larut, Matang dan Selama.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, anggota penguat kuasa jabatan itu mengesan pencerobohan di Hutan Simpan Bintang Hijau pada Ahad lalu dan pencerobohan Hutan Simpan Pulau Kelumpang pula dikesan pada Isnin.


Menurutnya, di Hutan Simpan Bintang Hijau, sebanyak 29 kayu daripada pelbagai spesis yang sudah ditebang dan sebuah kenderaan pacuan empat roda ditemukan.


Katanya, kayu dan kenderaan tersebut ditemukan tanpa ada sesiapa di tempat tersebut, dipercayai sudah melarikan diri.


“Ada pihak melakukan aktiviti menebang dan memproses kayu di kawasan tersebut. Kayu dan kenderaan yang ditemukan dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Mohamed Zin, di Hutan Simpan Pulau Kelumpang pula, pihaknya berjaya memberkas dua lelaki yang berada dalam sebuah sampan berisi kayu bakau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×