SEBERANG PERAI – Tempoh reman dua beradik yang disyaki terlibat dalam kes dera seorang pembantu rumah warga Indonesia sehingga mati pada Ahad lalu di Taman Kota Permai, Bukit Mertajam di sini disambung tujuh hari lagi. Perintah reman sehingga Rabu depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini sebentar tadi. Dua beradik tersebut iaitu masing-masing lelaki dan perempuan berusia 36 dan 39 tahun…










