KUALA LUMPUR – Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) menyelar tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang menularkan senarai gaji pemain skuad Liga Super Kedah bagi musim 2018. Setiausaha PFAM Ahmad Fauzi Saari berkata isu berkaitan gaji merupakan perkara yang amat sensitif dan kebocoran maklumat itu adalah pencabulan privasi terhadap pemain. Beliau berkata tindakan itu adalah tidak profesional dan bertentangan dengan nilai integriti serta prinsip profesionalisme yang ditekankan oleh Persatuan…