KUCHING 9 Feb. – Pemimpin muda dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu bergerak bersama meneruskan dasar parti iaitu berjuang secara ikhlas membawa pembangunan dan membantu rakyat di negeri ini. Presidennya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau yakin dasar lama parti itu dapat diteruskan kerana PBB sudah berada dalam pasukan kuat di Sarawak. Ketua Menteri berkata, mengikut sejarah, PBB merupakan parti yang mengubah dan membangunkan Sarawak bermula daripada…