KUALA LUMPUR 11 Feb. – Bermula baik dalam dua perlawanan pertama, juara empat musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) bagaimanapun kalah mengejut 1-0 kepada pendatang baharu, Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super yang bersambung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, hari ini. Keputusan 1-0 yang dicatat Kuala Lumpur sebelum perlawanan terhenti pada minit ke-56 akibat hujan lebat malam tadi kekal apabila saingan bersambung hari ini, biarpun JDT mengatur banyak percubaan…










